Monday, May 30, 2011

warna

warna, adalah sesuatu persepsi visual, tindakbalas manusia. warna lh yg mencetuskan kreativiti dlm diri kita, sedikit fakta mengenai warna, manusia menerima imej warna di bahagian belakang otak. warna memainkan peranan penting dalam psikologi, simbolik, impresi, inspirasi dan banyak lagi! pernah anda terfikir jika hidup tiba tiba tiada warna, anda akan hidup tanpa melihat sebarang warna, tetapi anda dapat melihat imej atau lebih menyakitkan lagi anda buta. bagaimana??  

pasti anda mempunyai warna pilihan atau senang kata, warna "feberet".. apa warna "feberet" anda? kajian demi kajian dilakukan dan menunjukkan warna kaitan dengan personaliti seseorang, ia tidak lah 100% tepat.. namun kita boleh mengetahui personaliti diri kita melalui warna. disini saya ingin mencetuskan satu permasalahan peribadi yang ingin saya kaitkan dengan warna.. seperti warna, bukan saya tetapi anda akan labelkan individu individu tersebut dengan warna., iaitu kawan, sahabat, dan kekasih. labelkan dengan warna yang anda suka. 


antara kawan, sahabat, dan kekasih, seperti yang anda labelkan dengan warna tersebut, yang manakah yang anda akan pilih? pasti pelbagai situasi muncul di fikiran anda.. pilih untuk hidup anda bukan untuk sesuatu situasi.

bagi saya, saya ada merah, biru, dan hijau. saya paling suka warna biru, tetapi, saya tidak menolak warna merah dan hijau, kerana saya tahu saya akan memerlukannya apabila tiba masa nya nanti. jadi disni, tindakan dan jawapan yang saya rasa terbaik adalah pilihlah kesemuanya.. jika anda pernah berhadapan dengan situasi ini, mengertilah batu jalanan tidak semua berbentuk sama. begitu juga dengan diri kita dan orang lain. kita dan dia tidak semestinya sama. dia ada pilihan dia sendiri, mungkin dia hanya memilih warna merah kerana itulah pilihannya. walaupun kita memilih ketiga tiga warna. walaupun batu jalanan tidak sama bentuk, tetapi, kita boleh membentuk.. jika sebiji batu bulat,dan sebiji lagi berbentuk tiga segi, tidak mustahil kita jadikan segitiga kepada bulat,,mungkin susah tapi tidak mustahil. semuanya atas diri kita sendiri.. fikir fikir kan lah. . 
pen merah pen biru, bila marah amek wudhu' baru.. :) jangan fokuskan fikiran anda kepada sesuatu yang kecil, lihat ia secara besar, kerana pilihan adalah sesuatu yang bermain dengan dua benda, A atau B, hitam atau putih, gelap atau terang.. buat lah pilihan dengan baik kerana jika anda memilih menelan racun daripada meludahnya. anda akan mati. jika anda sesat, jangan malu bertanya, kerana...
~itulah jalan yang perlu kita tempuhi  OOOOOOO




=>Annas bin Malik mengatakan, “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.”
=>Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata : " Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna
putih."

=>Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: "Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih."

Friday, January 14, 2011

itu ini sana sini

perjalanan terasa spt sebentar saja.. bila teringat waktu tadika dulu (org plg lambat datang kelas..hahaha), mengheret beg kain ke kelas dengan baju melayu biru bersongkok putih senget, rasa sekejap sangat masa dh berlalu.. rakan-rakan ketika kecil dulu pun sudah ada yang dijemput Illahi.al fatihah.. ada yang datang dan sudah tentunya ada yang pergi.. makin jauh kita berjalan,makin pendek masa kita utk sesuatu maka makin pendek juga lh umur kita.. kadang-kadang kita terlupa, apa yang kita kejarkan dalam kehidupan kita sebenarnya.. apa? pangkat? harta? kebahgiaan? ilmu? atau kepuasan? dan untuk apa semua itu..? tepuk dada tanya iman. adakah kita sedar, selangkah tapak kaki kita melangkah, setapak juga umur kita melangkah.. sedangkan perjuangan kita belum lagi selesai.. tidak anda berasa takut? ketika masih menuntut ilmu kita merasa susah, itu lumrah.. sesuatu yang senang semua org milikinya..dan sebaliknya. bak kata pepatah "berakit rakit ke hulu berenang ketepian, bersakit sakit dahulu bersenang kemudian".. pastikah masa depan kita akan senang..? jikalau tak merancang, sudah tentu kita akan sentiasa sakit.. ubatnya adalah usaha.
saya suka membaca artikel2 dari saudara2 baru dalam perjalanan hidup mereka, seeking for the truth. mencari hakiki kehidupan sebenar. ada yang memilih Islam sebagai agama yg paling akhir dlm "list" untuk mereka dalami dan akhirnya itu lah yang mereka anuti. kebanyakan kita tersalah erti akan erti "kebahagiaan". sebelum tu apa erti kebahagiaan bagi anda? jawapan yang saya sendiri masih tercari cari, tetapi apa yang saya sematkan dalam hati, kebahagiaan di akhirat yang paling kekal dan tak dapat ditandingi. teramat lah susah bagi saya utk istiqamah dlm ssuatu perkara.. kesedaran dalam diri belum muncul walaupun sudah banyak buku dibelek dan dibaca (kalau belek saje x gune jgk kn~). bukan lah tiada perubahan langsung, ada, cuma 15 minit.. pentingnya istiqamah dlm melakukan pekerjaan. jadi bagaimana caranya...??
~sudah seribu batu jarak kita lari,tapi kita masih mengheret beban dibelakang,, buang beban tersebut mungkin kita boleh lari dua ribu batu lagi~
-kerana itu lah jalan yang perlu kita rempuhi =)

  dh lame x mandi kat sini....mane x nye, cuti je banjir, banjir je cuti.. lembu2 kt hujung sane tu pun dh expert berenang....


~surah al inshiqaq~

apabila langit terbelah [1]

serta mematuhi perintah tuhannya, dan semestinya ia patuh [2];

Dan apabila bumi diratakan [3]

serta mengeluarkan apa yang didalamnya dan menjadi kosong [4]

Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; – (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya). [5]

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). [6]

Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -[7]

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan [8]

Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita [9]

Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, [10]

Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, [11]

Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. [12]

Friday, December 17, 2010

Duri itu Jawapanmu

Bila disebut duri, pasti akan terbayang rasa sakit apabila terkena duri.. duri perkara yang menyakitkan, selalu dicemuh oleh manusia kerana sifatnya, akan tetapi itu lah tanggungjawabnya sebagai duri. jika kita lihat pada sekuntum mawar yang cantik dan harum, disekelilingnya adalah duri. ia bertanggungjawab melindungi kelopak bunga yang harum dan cantik tersebut. begitu juga dengan seekor landak, duri sebagai pelindung diri dari bahaya untuk melindungi tubuhnya yang lembut.

 apabila disebut tentang perkara yang berkaitan dengan hati, pasti ada perkara yang pahit, tidak kira lah ia berkaitan dengan cinta, wang atau persahabatan, perasaan seperti dicucuk duri pasti dirasai.. andai kata lah masalah yang anda hadapi sekarang adalah berkaitan dengan masalah persahabatan,memilih antara sahabat atau kekasih..ramai yang mengalami masalah seperti ini. pasti sukar bukan? kita hanya menganggap drinya hanya sahabat, tetapi si dia pula sudah jatuh hati pada kita sedangkan diri kita perlu mencintai orang lain. pada permulaan, kita berkata "tidak mengapalah, aku hanya berkawan dengannya memandangkan dia baik padaku", tidak lama kemudian anda semakin rapat dengannya tetapi padanya dia sudah mula menganggap anda serius dengan dirinya. Pada suatu hari tiba tiba dia bertanya pada anda "apa anggapan awak pada saya?" atau "saya sudah jatuh cinta pada awak,sudi awak menerima saya?" ketika ini lah jawapan yang sejujurnya diperlukan daripada hati anda. jawapan antara sahabat atau kekasih hati. Apa yang anda jawab?

jika anda sudah mepunyai kekasih hati, jawablah sejujurnya. berkatalah sejujurnya pada dia. atau anda tersekat antara dua insan.. nyatalah kepadanya yang anda perlu fikir terlebih dahulu. jangan berikan jawapan terburu buru. "ya, saya terima" semata mata untuk menjaga hatinya.. anda seperti terjun kedalam lubang yang dipenuhi binatang berbisa.. fikir lah. hati anda atau hati dia.. ada juga orang yang tidak endah akan diri sendiri asalkan dia dapat membahagiakan orang lain. saya kagum dengan orang bersifat demikian. tetapi ada sesetengah golongan menggunakan sifat ini untuk mendapat simpati, dan ada juga kononnya hendak menunjukkan dirinya kuat.. sungguh memalukan kerana tertipu dengan helah sendiri, seperti menyuntik racun ke badan sendiri. Para sahabat diluar jauhilah sifat sedemikian..

jujurlah pada diri sendiri.. contohilah duri, walaupun dirinya dicemuh tetapi sifatnya adalah untuk melindungi..
lindungi hati anda walaupun anda tahu anda akan dicemuh kerana menolak seseorang. tetapi demi kebaikan anda sendiri. fikir apa yang anda dapat jika anda lakukannya, apa kesan dan akibat jika anda lakukannya, 5 tahun akan datang pastikah anda masih dapat mengatasi segala galanya bersama? adakah anda terbaik untuk dia dan dia adalah terbaik untuk anda? 

duri itu jawapanmu

perasaan pahit itu ubatnya,kenangan manis itu penyakitnya kerana 
-itulah jalan yang perlu kita tempuhi




mengidam durian pulak dah!!! adoyai!



Firman Allah S.w.t yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
– Surah AlBaqarah : Ayat 214

Wednesday, December 15, 2010

antara Namida dan Egao

Anda tahu apa itu namida? dan apa itu egao..? namida selalunya dipilih oleh wanita dan egao lebih kepada lelaki. Antara namida (airmata) dan egao(senyuman). Kedua duanya ada pada manusia untuk beberapa fungsi, antaranya adalah untuk meredakan kesedihan dan menghilangkan masalah. dan tidak mengejutkan ramai diantara sahabat-sahabat yang sudi berkongsi masalah dengan saya mereka memilih airmata. Kemungkinan saya silap dengan kenyataan "egao lebih kepada lelaki", mungkin "ego lebih kepada lelaki".. setuju? namun, air mata pertama yang ditangisi oleh makhluk Allah s.w.t adalah drpd nabi Adam 'alahissalam yang menangis selama 300 tahun dan selama itu tidak pernah mengangkat kepala baginda ke arah langit kerana malu kepada Allah s.w.t atas dosa baginda. ingin ditekan disini adalah tidak kira lelaki atau perempuan, perkara pertama yang dilakukan oleh semua manusia dari rahim ibu adalah menangis. bagaimana jikalau keluar sahaja dari perut ibu, bayi itu tersenyum?? tersenyum gembira kerana sudah berjaya melihat dunia~ rasanya belum pernah ada lagi.. ;)


pilihlah antara airmata dan senyuman, kedua duanya ada kelebihan tersendiri.. anda tidak perlu menyorok untuk senyum dan malu kerana menangis kerana ia adalah lumrah.. tapi bagi saya,saya pilih senyum. senyumlah selalu..ada kebaikan disebalik senyuman.. bagaimana pula dengan airmata? kajian yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan airmata mengandungi bahan toksik, bermakna airmata mengeluarkan bahan toksik di dalam tubuh kita! leucine enkephalin dirembes ketika ketika menangis, ia adalah sejenis hormon yang bertindak sebagai painkiller! betapa diciptanya oleh Allah airmata yang banyak manfaatnya.

menangis adalah sunnah dalam Islam :)


tidak salah anda menangis, menangis lah sepuas puasnya. tp ingat "tears doesn't solve our problem, it just dissolved our problem for a while,kill the problems for a smile". kerana
-itulah jalan yang perlu kita tempuhi.. :) smile always



Rasul bersabda: “Menangislah kamu semua. Dan apabila kamu tidak dapat menangis maka pura-pura menangislah kamu!” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Dishohihkan oleh Hakim dan Dzahabi)


  Surat Al Isra: 109
“Dan mereka bersujud sambil menangis dan maka bertambahlah atas mereka perasaan khusyu’”

Tuesday, December 14, 2010

Tu Dia

blaja kat sekolah medic membuatkan saya rasa muda kembali, macam budak sekolah menengah dengan uniform putih.. tapi dengan gegaran otak 6 ritcher scale belajar semua ni kadang kadang saya rasa tak mampu..huhu. dan rasa semakin tua kembali. haha. demi kerjaya! demi kerjaya!!

semasa mencari cari imej dgn pakcik google, saya jumpa ni


dah lama tak merasa biskut tin camni.. masa kecik kecik dulu selalu "ngap3" biskut kacang kat kedai abah..sampai tembam cm doraemon. dah takda such that thing sekarang.. susah nk jumpa. semua yang ada pun dalam kotak dan tin. yang timbang da takda. (adoyai,,mengidam biskut kacang pulak dah!!)

apa boleh buat kalau dah mengidam kan.. macam lah orang lain tak mengidam.. apa apa pun kalau berusaha bersungguh sungguh, insyaAllah boleh dapat apa yang kita nak kan.. shoot the moon~ 
kerana? itulah jalan yang perlu kita tempuhi :) 

HADIS Nabi SAW yang masyhur dan diriwayatkan Umar al-Khattab bermaksud:
“Sesungguhnya sesuatu amal itu (bermula) dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapat Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa diniatkan itu.”

Dari Lopak ke Sungai

Siapa disini tidak pernah mandi sungai? Sentuh air sungai pun tidak pernah?  mungkin ada.. yang pernah dan selalu mungkin ramai, tetapi yang pernah terfikir dan selalu berfikir tentang dari mana air sungai tu datang mungkin tidak ramai bukan? apatah lagi untuk memikirkan mengapa terjadi gelombang air yang berpusar pusar. Ramai jikalau dari kalangan pengkaji pengkaji, maksud saya dari pemikiran orang ramai.. apa yang kita tahu, sudah tiba di sungai, "gedebush!" mandi manda.."wah..nyaman nye air sungai....." sungai muncul dan terbentuk dari mata air yang keluar dari tanah dan membentuk lopak seterusnya menjadi sungai. kepentingan sungai pada ekosistem kehidupan tiada ternilainya.

namun, adakah anda tahu, sungai mempunyai hubungkait dengan masalah kehidupan anda? sebenarnya sungai umpama masalah kehidupan kita..bercabang cabang,berarus, berjeram dan ada buaya! diri kita pula umpama seorang yang hanyut dipermukaannya.. jikalau kita lemah dan tidak mampu berenang, kita lemas. Ada dua situasi, pertama anda hanya mengikut arus yang membawa anda sehingga ke tebing, dan yang kedua, anda berenang melawan arus hingga membawa anda ke tebing. Itu dua perumpamaan cara mengatasi masalah, yang perlu sama sama kita renungkan. Kedua dua cara ada risiko tersendiri mengikut situasi, maka disini lah kebijaksanaan anda diperlukan. Jika anda hampir lemas bagaimana?? Sahabat, anda perlukan mereka supaya anda tidak lemas. jangan jadikan diri anda sebagai umpan buaya pula, dan jangan sesekali anda menggunakan sahabat anda sebagai umpan. Sahabat dan teman adalah sampan dan jaket keselamatan bagi anda, mereka melindungi anda dari sejuk dan bahaya air, mereka juga menemani anda di setiap penjuru anda dibawa arus, mereka juga yang menyelamatkan anda!

Berceritalah kepada sang setia mendengar, tidak semestinya rakan sebaya anda, ibubapa anda jangan dilupa..,kucing pun boleh,tiada salahnya.. ;)  berharap mungkin tiada gunanya, tetapi berharap dan bersabar mungkin ada gunanya walaupun apa yang diharap tidak hadir seperti yang harapkan. selalunya apa yang diharap tidak datang seperti yang dijangka, tetapi yang tidak dijangka hadir seperti yang diharapkan. ketika itulah baru terasa diri sebenarnya kurang bijak menangani situasi. kerana
-itulah jalan yang perlu kita rempuhi




Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra. ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ketika aku sedang berada di dekat Baitullah antara tidur dan jaga, tiba-tiba aku mendengar ada yang berkata: Salah satu daripada tiga yang berada di antara dua orang. Lalu aku didatangi dan dibawa pergi. Aku dibawakan bejana dari emas yang berisi air zamzam.Lalu dadaku dibedah hingga ini dan ini. Qatadah berkata: Aku bertanya: Apakah yang beliau maksudkan? Anas menjawab: Hingga ke bawah perutnya. Hatiku dikeluarkan dan dicuci dengan air zamzam, kemudian dikembalikan ke tempatnya dan mengisinya dengan iman dan hikmah. Lalu aku didatangi binatang putih yang disebut Buraq, lebih tinggi dari khimar dan kurang dari bighal, ia meletakkan langkahnya pada pandangannya yang paling jauh. Aku ditunggangkan di atasnya. Lalu kami berangkat hingga ke langit dunia. (Sampai di sana) Jibril meminta supaya dibukakan pintu. Dia ditanya: Siapa ini? Jibril menjawab Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad saw. jawab Jibril. Ditanya: Apakah dia telah diutuskan?. Ya, jawabnya. Malaikat penjaga itu membukakan kami dan berkata: Selamat datang padanya. Sungguh, merupakan kedatangan yang baik. Lalu kami datang kepada Nabi Adam as (selanjutnya seperti kisah pada hadis di atas). Anas menjelaskan bahwa Rasulullah bertemu dengan Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. di langit kedua, di langit ketiga dengan Nabi Yusuf as. di langit keempat dengan Nabi Idris as. di langit kelima dengan Nabi Harun as. Selanjutnya Rasulullah saw. bersabda: Kemudian kami berangkat lagi.Hingga tiba di langit keenam. Aku datang kepada Nabi Musa as. dan mengucap salam kepadanya. Dia berkata: Selamat datang kepada saudara dan nabi yang baik. Ketika aku meninggalkannya, dia menangis. Lalu ada yang berseru: Mengapa engkau menangis? Nabi Musa menjawab: Tuhanku, orang muda ini Engkau utus setelahku, tetapi umatnya yang masuk syurga lebih banyak daripada ummatku. Kami meneruskan perjalanan hingga langit ketujuh. Aku datang kepada Nabi Ibrahim as. Dalam hadis ini dituturkan, Nabiyullah saw. bercerita bahawa beliau melihat empat sungai. Dari hilirnya, keluar dua sungai yang jelas dan dua sungai yang samar. Aku (Rasulullah saw.) Bertanya: Wahai Jibril, sungai apakah ini? Jibril menjawab: Dua sungai yang samar adalah dua sungai di syurga, sedangkan yang jelas adalah sungai Nil dan Furat.Selanjutnya aku diangkat ke Baitul-makmur. Aku bertanya: Wahai Jibril, apakah ini?Jibril menjawab: Ini adalah Baitul-makmur. Setiap hari, tujuh puluh ribu malaikat masuk ke dalamnya. Apabila mereka keluar, tidak akan masuk kembali. Itu adalah akhir mereka masuk. Kemudian aku dibawakan dua bejana, yang satu mengandungi arak dan yang lain mengandungi susu. Keduanya disodorkan kepadaku. Aku memilih susu.lalu dikatakan: Tepat! Allah menghendaki engkau (berada pada fitrah, kebaikan dan keutamaan). Begitu pula ummatmu berada pada fitrah. Kemudian diwajibkan atasku solat lima puluh kali tiap hari. Demikian kisah seterusnya sampai akhir hadis

Monday, December 13, 2010

Hari ini

Assalamualaikum.. salam penghijarahan, berhijrah dari satu post ke post yang lain.. ;p  berhijrah dari sifat lama kepada yang lebih baik. 
Hari ini, baru saya sedari, saya sudah semakin jauh meniti tali kehidupan padahal ianya baru permulaan bagi pengembaraan hidup yang mencabar ini. Mengimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu, mandi sungai selepas pulang dari sekolah (pukul 2 kompem kene bedal dgn ibu), bermain dengan rakan di padang dihadapan kedai abah (ada 2 batang pokok sena, salah satunya jadi feveret untuk bergayut, kat situ selalu main bola "katok"), makan aiskrim 50sen dan sate loceng yang diperbuat daripada ikan, dan macam-macam lagi.. rasanya seperti baru semalam.. yeke? semalam saya buat apa ek? dh lupa~


Tapi disini bukan sekadar ingin mengimbas kembali masa lampau, tetapi ingin mengkaji masa lampau dan dipraktikkan pada masa depan.. (boleh ke?? lailahailallah...ape plk x bolehnyer~ boleh la!) okay2, (baru nak serius..huhu) sedarkah anda pada umur anda sekarang? berapa? dan sedarkah anda ketika anda tadika,darjah satu dahulu...siapa yang menyisir rambut anda? siapa yang menggosok baju anda? membedak badan anda? menghantar anda ke sekolah? anda merungut.."malas nak ke sekolah". tetapi hasilnya adalah sekarang., dimana kedudukan anda sekarang ini. Ibubapa sebelum dinihari sebelum subuh sudah bangun, menyediakan sarapan untuk kita sedangkan kita ber"malas-malasan".


Satu penyakit yang paling berbahaya pada zaman kini, MALAS. ibu kunci kepada segala masalah dan penyekat utama kejayaan. Masa kecik-kecik dulu boleh kita bermain-main, main masak masak, beli patung kertas barbie seringgit, beli stiker.. tapi sekarang, main main memang masak lah time exam, beli kertas nota 40,50 ringgit, beli buku nota praktikal.. jelas dan nyata tidak sama, (kalau macam tu, macam mana nak dipraktikkan?) kalau kita renung renungkan sebelum kita tidur, lihat syiling, dan imbas masa lalu.. apa impian kita pada masa dulu? kita bayangkan diri kita sebagai apa semasa kita bermain main dulu? ada doktor, jadi mak ayah, superman, batman, jadi orang hebat hebat..kan? dan imbas pula pada masa sekarang..masih tersemat kah impian itu dalam diri anda...? mustahil boleh jadi batman dan superman, sebenarnya tidak mustahil.. sifat sifat hero dan heroin boleh dipraktikkan. dua kali jatuh, sudah pasti kita mampu berdiri tanpa jatuh, kalau masih terjatuh sudah pasti ada puncanya.. hancurkan punca itu dan pasti anda boleh berlari tanpa jatuh lagi kerana
-itu lah jalan yang kita perlu rempuhi