Siapa disini tidak pernah mandi sungai? Sentuh air sungai pun tidak pernah? mungkin ada.. yang pernah dan selalu mungkin ramai, tetapi yang pernah terfikir dan selalu berfikir tentang dari mana air sungai tu datang mungkin tidak ramai bukan? apatah lagi untuk memikirkan mengapa terjadi gelombang air yang berpusar pusar. Ramai jikalau dari kalangan pengkaji pengkaji, maksud saya dari pemikiran orang ramai.. apa yang kita tahu, sudah tiba di sungai, "gedebush!" mandi manda.."wah..nyaman nye air sungai....." sungai muncul dan terbentuk dari mata air yang keluar dari tanah dan membentuk lopak seterusnya menjadi sungai. kepentingan sungai pada ekosistem kehidupan tiada ternilainya.
namun, adakah anda tahu, sungai mempunyai hubungkait dengan masalah kehidupan anda? sebenarnya sungai umpama masalah kehidupan kita..bercabang cabang,berarus, berjeram dan ada buaya! diri kita pula umpama seorang yang hanyut dipermukaannya.. jikalau kita lemah dan tidak mampu berenang, kita lemas. Ada dua situasi, pertama anda hanya mengikut arus yang membawa anda sehingga ke tebing, dan yang kedua, anda berenang melawan arus hingga membawa anda ke tebing. Itu dua perumpamaan cara mengatasi masalah, yang perlu sama sama kita renungkan. Kedua dua cara ada risiko tersendiri mengikut situasi, maka disini lah kebijaksanaan anda diperlukan. Jika anda hampir lemas bagaimana?? Sahabat, anda perlukan mereka supaya anda tidak lemas. jangan jadikan diri anda sebagai umpan buaya pula, dan jangan sesekali anda menggunakan sahabat anda sebagai umpan. Sahabat dan teman adalah sampan dan jaket keselamatan bagi anda, mereka melindungi anda dari sejuk dan bahaya air, mereka juga menemani anda di setiap penjuru anda dibawa arus, mereka juga yang menyelamatkan anda!
Berceritalah kepada sang setia mendengar, tidak semestinya rakan sebaya anda, ibubapa anda jangan dilupa..,kucing pun boleh,tiada salahnya.. ;) berharap mungkin tiada gunanya, tetapi berharap dan bersabar mungkin ada gunanya walaupun apa yang diharap tidak hadir seperti yang harapkan. selalunya apa yang diharap tidak datang seperti yang dijangka, tetapi yang tidak dijangka hadir seperti yang diharapkan. ketika itulah baru terasa diri sebenarnya kurang bijak menangani situasi. kerana
-itulah jalan yang perlu kita rempuhi
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra. ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ketika aku sedang berada di dekat Baitullah antara tidur dan jaga, tiba-tiba aku mendengar ada yang berkata: Salah satu daripada tiga yang berada di antara dua orang. Lalu aku didatangi dan dibawa pergi. Aku dibawakan bejana dari emas yang berisi air zamzam.Lalu dadaku dibedah hingga ini dan ini. Qatadah berkata: Aku bertanya: Apakah yang beliau maksudkan? Anas menjawab: Hingga ke bawah perutnya. Hatiku dikeluarkan dan dicuci dengan air zamzam, kemudian dikembalikan ke tempatnya dan mengisinya dengan iman dan hikmah. Lalu aku didatangi binatang putih yang disebut Buraq, lebih tinggi dari khimar dan kurang dari bighal, ia meletakkan langkahnya pada pandangannya yang paling jauh. Aku ditunggangkan di atasnya. Lalu kami berangkat hingga ke langit dunia. (Sampai di sana) Jibril meminta supaya dibukakan pintu. Dia ditanya: Siapa ini? Jibril menjawab Jibril. Ditanya lagi: Siapa bersamamu? Muhammad saw. jawab Jibril. Ditanya: Apakah dia telah diutuskan?. Ya, jawabnya. Malaikat penjaga itu membukakan kami dan berkata: Selamat datang padanya. Sungguh, merupakan kedatangan yang baik. Lalu kami datang kepada Nabi Adam as (selanjutnya seperti kisah pada hadis di atas). Anas menjelaskan bahwa Rasulullah bertemu dengan Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. di langit kedua, di langit ketiga dengan Nabi Yusuf as. di langit keempat dengan Nabi Idris as. di langit kelima dengan Nabi Harun as. Selanjutnya Rasulullah saw. bersabda: Kemudian kami berangkat lagi.Hingga tiba di langit keenam. Aku datang kepada Nabi Musa as. dan mengucap salam kepadanya. Dia berkata: Selamat datang kepada saudara dan nabi yang baik. Ketika aku meninggalkannya, dia menangis. Lalu ada yang berseru: Mengapa engkau menangis? Nabi Musa menjawab: Tuhanku, orang muda ini Engkau utus setelahku, tetapi umatnya yang masuk syurga lebih banyak daripada ummatku. Kami meneruskan perjalanan hingga langit ketujuh. Aku datang kepada Nabi Ibrahim as. Dalam hadis ini dituturkan, Nabiyullah saw. bercerita bahawa beliau melihat empat sungai. Dari hilirnya, keluar dua sungai yang jelas dan dua sungai yang samar. Aku (Rasulullah saw.) Bertanya: Wahai Jibril, sungai apakah ini? Jibril menjawab: Dua sungai yang samar adalah dua sungai di syurga, sedangkan yang jelas adalah sungai Nil dan Furat.Selanjutnya aku diangkat ke Baitul-makmur. Aku bertanya: Wahai Jibril, apakah ini?Jibril menjawab: Ini adalah Baitul-makmur. Setiap hari, tujuh puluh ribu malaikat masuk ke dalamnya. Apabila mereka keluar, tidak akan masuk kembali. Itu adalah akhir mereka masuk. Kemudian aku dibawakan dua bejana, yang satu mengandungi arak dan yang lain mengandungi susu. Keduanya disodorkan kepadaku. Aku memilih susu.lalu dikatakan: Tepat! Allah menghendaki engkau (berada pada fitrah, kebaikan dan keutamaan). Begitu pula ummatmu berada pada fitrah. Kemudian diwajibkan atasku solat lima puluh kali tiap hari. Demikian kisah seterusnya sampai akhir hadis

No comments:
Post a Comment