Assalamualaikum.. salam penghijarahan, berhijrah dari satu post ke post yang lain.. ;p berhijrah dari sifat lama kepada yang lebih baik.
Hari ini, baru saya sedari, saya sudah semakin jauh meniti tali kehidupan padahal ianya baru permulaan bagi pengembaraan hidup yang mencabar ini. Mengimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu, mandi sungai selepas pulang dari sekolah (pukul 2 kompem kene bedal dgn ibu), bermain dengan rakan di padang dihadapan kedai abah (ada 2 batang pokok sena, salah satunya jadi feveret untuk bergayut, kat situ selalu main bola "katok"), makan aiskrim 50sen dan sate loceng yang diperbuat daripada ikan, dan macam-macam lagi.. rasanya seperti baru semalam.. yeke? semalam saya buat apa ek? dh lupa~
Tapi disini bukan sekadar ingin mengimbas kembali masa lampau, tetapi ingin mengkaji masa lampau dan dipraktikkan pada masa depan.. (boleh ke?? lailahailallah...ape plk x bolehnyer~ boleh la!) okay2, (baru nak serius..huhu) sedarkah anda pada umur anda sekarang? berapa? dan sedarkah anda ketika anda tadika,darjah satu dahulu...siapa yang menyisir rambut anda? siapa yang menggosok baju anda? membedak badan anda? menghantar anda ke sekolah? anda merungut.."malas nak ke sekolah". tetapi hasilnya adalah sekarang., dimana kedudukan anda sekarang ini. Ibubapa sebelum dinihari sebelum subuh sudah bangun, menyediakan sarapan untuk kita sedangkan kita ber"malas-malasan".
Satu penyakit yang paling berbahaya pada zaman kini, MALAS. ibu kunci kepada segala masalah dan penyekat utama kejayaan. Masa kecik-kecik dulu boleh kita bermain-main, main masak masak, beli patung kertas barbie seringgit, beli stiker.. tapi sekarang, main main memang masak lah time exam, beli kertas nota 40,50 ringgit, beli buku nota praktikal.. jelas dan nyata tidak sama, (kalau macam tu, macam mana nak dipraktikkan?) kalau kita renung renungkan sebelum kita tidur, lihat syiling, dan imbas masa lalu.. apa impian kita pada masa dulu? kita bayangkan diri kita sebagai apa semasa kita bermain main dulu? ada doktor, jadi mak ayah, superman, batman, jadi orang hebat hebat..kan? dan imbas pula pada masa sekarang..masih tersemat kah impian itu dalam diri anda...? mustahil boleh jadi batman dan superman, sebenarnya tidak mustahil.. sifat sifat hero dan heroin boleh dipraktikkan. dua kali jatuh, sudah pasti kita mampu berdiri tanpa jatuh, kalau masih terjatuh sudah pasti ada puncanya.. hancurkan punca itu dan pasti anda boleh berlari tanpa jatuh lagi kerana
-itu lah jalan yang kita perlu rempuhi
teringat time kecik2 maen bola katok! ;p
ReplyDeletepahtu g stesen bas kdai kak pa beli aiskrim.. haha
ReplyDeletepastu g taman dato' maen2 kat jmbtan tepi sungai :)
ReplyDeletebdk tu mmg stakat maen2 kat jambatan je.. saye main air bawah jmbatan.. muahaha
ReplyDeleteade buaya!haha :D
ReplyDelete